Thursday, April 17, 2008

TERKINI.....................

A'kum dan Salam Sejahtera

Buat semua ahli Prodigy-UPSI.

Pada 16/04/2008, lebih kurang jam 9.30 malam, bertempat di Kuantan, saya bersama dengan bendahari jawatankuasa pengelola, Saudara Khaizai telah mengadakan perbincangan berkait dengan program Hari Keluarga/Reunion yang kita rancangkan ini. Sebut harga dari pihak Mercu Beach Resort ( www.pahangtourism.com.my/accomodation/mercu.html ) telah diperolehi.

Di sini dinyatakan berkaitan dengan sebut harga berkaitan pakej yang difaxkan kepada saya oleh pihak Mercu Beach Resort.

Pakej 2 hari 1 malam

Harga : RM 95.00 bersih seorang / 2 orang sebilik dewasa
RM 45.00 bersih seorang (kanak - kanak umur 4-12 tahun)

Majlis : Hari Keluarga

Tarikh : 01 - 02 Jun 2008

Harga Pakej Termasuk:
1. Bilik Penginapan
2. Buffet Sarapan Pagi
3. Buffet Makan Tengahari
4. BBQ Dinner + Karaoke
5. Kolam Renang (2 jenis kolam - dewasa dan kanak - kanak)
6. Peralatan Sukaneka Disediakan

Hasil lawatan ke resort oleh saudara Khaizai mendapati terdapat 2 gelanggang disediakan iaitu gelanggang futsal pantai dan gelanggang bola tampar pantai. Untuk keterangan lanjut, ahli - ahli bolehlah melawat laman web yang telah dinyatakan di atas dengan double clik pada laman web yang dinyatakan.

Untuk makluman ahli - ahli semua, di sini disenaraikan nama - nama ahli (termasuk ahli jawatangkuasa pengelola) yang telah menghubungi En. Khaizai dan Puan Noorshafinah bagi menyatakan persetujuan menghadiri majlis Reunion/Hari Keluarga ini;

1. Zanzuri sekeluarga
2. Noor Hasni sekeluarga
3. Noorshafinah sekeluarga
4. Khaizai sekeluarga
5. Faizal dan Norlaila sekeluarga
6. Zaidi sekeluarga
7. Ramli sekeluarga
8. Norasidah sekeluarga
9. Mohd Fadzeli (Big Show)
10. Mohd Farhan
11. Zainal Hamzah sekeluarga
12. Mohd Zaki (ustaz) sekeluarga
13. Sumiyati sekeluarga
14. Siti Hartini sekeluarga
15. En. Mohar Kassim
16. En. Abu Hassan

Terdapat beberapa ahli yang akan membuat pengesahan kehadiran kelak iaitu Nurazlina (Kakak), Fauzee, Norini, Mohd Fairuzi, Noorzaliza (Jaja), Asmahani Kalsum (Bob), Mohd Noor Zaini (Abg Zaini), Siti Faridah (Idah), Norhaidawati (Ida) dan Cik Rohani (Che' Ann)

Diharapkan ahli - ahli lain dapat menghubungi mana - mana ajk pengelola untuk pengesahan kehadiran serta menyampaikan kepada ahli - ahli yang masih belum mengetahui berkaitan Reunion/Hari Keluarga ini. Terutama sekali kepada ahli - ahli yang berada di Malaysia Timur (Sabah dan Serawak)

Objektif kita mengadakan Hari Keluarga ini adalah;
1. Mengeratkan kembali hubungan silaturahim yang semakin terhakis,
2. Mengetahui perkembangan ahli - ahli terkini,
3. Memperkenalkan ahli keluarga baru Prodigy (Suami/Isteri serta anak - anak kepada ahli),
4. Mendengar dan cuba mengatasi permasalahan (jika ada) ahli - ahli,
5. Mengemaskinikan maklumat peribadi ahli (Memperbaharui maklumat yang terdapat dalam
Album Prodigy)

Saya amat berharap program ini berjaya dengan jayanya. Komitmen semua ahli saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Harapan saya juga agar nama PRODIGY tetap mekar dalam memori semua ahli. Jangan kuburkan keluarga besar PRODIGY kerana kenangan manis selama 3 tahun bersama di UPSI lebih bernilai dari sebutir berlian. 3 tahun kita harungi cabaran bersama dengan penuh suka dan duka. Diharapkan perjumpaan ini akan menyegarkan memori lalu.

Sekian dari saya.

ZANZURI RAZALI
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA
HARI KELUARGA/REUNION PRODIGY-UPSI 2008

5 comments:

BOLA SEPAK said...

jiwang giler ayat ko john...tp aku tetap menyokong usasa ko..hidup john..hidup prodigy!

uncle fey said...

ayat ikut mcm nak ngajar budak sekolah siot!!tapi bak kata khaizai,usaha ko memang sangat baik la..walaupun ko tak berapa nak baik...hehehe...aku dah semangat ni nak join..korang jangan tak jadi lak..tp aku rasa ramai bdk2 prodigy yang tak tau lagi ni...kena sebarkan lebih lanjut ni....

uncle fey said...

bdk2 sabah sarawak tak inform ke?mana la tau diorang nak datang...anta la jemputan...

BOLA SEPAK said...

HARI INI 20 APRIL SHAHRIL TPON AKU. DIA MENGESAHKAN UNTUK DATANG.SHAHRIL CITE DIA JADI COACH RUGBY YANG HEBAT SEKARANG. KEPDA KOJAI BERAPA RIBU KO NAK SPONSER?

uncle fey said...

shahril jd coach rugby?biar betul...cam tak caya je...ikut badan mmg layak la,tp kalo ikut otak,tak tau la..hehehehe....ko try la contact benedict,dia income kencang ooo....ratus ribu sebulan..aku sponsor skit2 bleh la...