Thursday, April 24, 2008

MAKLUMAN TERKINI

A'kum dan Salam Sejahtera Buat Semua Ahli Prodigy-UPSI

Untuk makluman semua ahli, pihak resort kini memerlukan deposit sebanyak 50% dari kami untuk mengesahkan berkaitan dengan program hari keluarga ini. Oleh yang demikian, diharapkan agar semua ahli yang telah mengesahkan akan hadir diminta membuat pembayaran seperti mana yang telah dinyatakan dalam laporan terdahulu. Setiap peserta dikehendaki membuat pembayaran sejumlah RM95.00 bagi setiap individu dewasa. Bukan seperti sebelum ini iaitu RM120 per keluarga. Anak - anak di bawah usia 5 tahun adalah percuma.

Sebarang pembayaran boleh dibuat atas nama MOHD KAIZAI BIN ZAINULDIN. AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 08068020079592. Selepas membuat pembayaran, ahli dikehendaki poskan slip BANK-IN kepada Kaizai di alamat

MOHD KAIZAI BIN ZAINULDIN
SMK SULTAN ABU BAKAR,
JALAN BESERAH,
25300 KUANTAN,
PAHANG.

Sebarang kemuskilan boleh berhubung terus dengan Kaizai di talian 019-90878888

Diharap ahli yang bersetuju menyertai membuat pembayaran selewat - lewatnya pada 30/04/2008. Kerja sama dari pihak ahli semua amat dihargai dan didahulukan dengan jutaan terima kasih

Yang Benar,

ZANZURI RAZALI
Pengerusi
J/Kuasa Pengelola
Sambutan Hari Keluarga Prodigy-UPSI 2008

Thursday, April 17, 2008

TERKINI.....................

A'kum dan Salam Sejahtera

Buat semua ahli Prodigy-UPSI.

Pada 16/04/2008, lebih kurang jam 9.30 malam, bertempat di Kuantan, saya bersama dengan bendahari jawatankuasa pengelola, Saudara Khaizai telah mengadakan perbincangan berkait dengan program Hari Keluarga/Reunion yang kita rancangkan ini. Sebut harga dari pihak Mercu Beach Resort ( www.pahangtourism.com.my/accomodation/mercu.html ) telah diperolehi.

Di sini dinyatakan berkaitan dengan sebut harga berkaitan pakej yang difaxkan kepada saya oleh pihak Mercu Beach Resort.

Pakej 2 hari 1 malam

Harga : RM 95.00 bersih seorang / 2 orang sebilik dewasa
RM 45.00 bersih seorang (kanak - kanak umur 4-12 tahun)

Majlis : Hari Keluarga

Tarikh : 01 - 02 Jun 2008

Harga Pakej Termasuk:
1. Bilik Penginapan
2. Buffet Sarapan Pagi
3. Buffet Makan Tengahari
4. BBQ Dinner + Karaoke
5. Kolam Renang (2 jenis kolam - dewasa dan kanak - kanak)
6. Peralatan Sukaneka Disediakan

Hasil lawatan ke resort oleh saudara Khaizai mendapati terdapat 2 gelanggang disediakan iaitu gelanggang futsal pantai dan gelanggang bola tampar pantai. Untuk keterangan lanjut, ahli - ahli bolehlah melawat laman web yang telah dinyatakan di atas dengan double clik pada laman web yang dinyatakan.

Untuk makluman ahli - ahli semua, di sini disenaraikan nama - nama ahli (termasuk ahli jawatangkuasa pengelola) yang telah menghubungi En. Khaizai dan Puan Noorshafinah bagi menyatakan persetujuan menghadiri majlis Reunion/Hari Keluarga ini;

1. Zanzuri sekeluarga
2. Noor Hasni sekeluarga
3. Noorshafinah sekeluarga
4. Khaizai sekeluarga
5. Faizal dan Norlaila sekeluarga
6. Zaidi sekeluarga
7. Ramli sekeluarga
8. Norasidah sekeluarga
9. Mohd Fadzeli (Big Show)
10. Mohd Farhan
11. Zainal Hamzah sekeluarga
12. Mohd Zaki (ustaz) sekeluarga
13. Sumiyati sekeluarga
14. Siti Hartini sekeluarga
15. En. Mohar Kassim
16. En. Abu Hassan

Terdapat beberapa ahli yang akan membuat pengesahan kehadiran kelak iaitu Nurazlina (Kakak), Fauzee, Norini, Mohd Fairuzi, Noorzaliza (Jaja), Asmahani Kalsum (Bob), Mohd Noor Zaini (Abg Zaini), Siti Faridah (Idah), Norhaidawati (Ida) dan Cik Rohani (Che' Ann)

Diharapkan ahli - ahli lain dapat menghubungi mana - mana ajk pengelola untuk pengesahan kehadiran serta menyampaikan kepada ahli - ahli yang masih belum mengetahui berkaitan Reunion/Hari Keluarga ini. Terutama sekali kepada ahli - ahli yang berada di Malaysia Timur (Sabah dan Serawak)

Objektif kita mengadakan Hari Keluarga ini adalah;
1. Mengeratkan kembali hubungan silaturahim yang semakin terhakis,
2. Mengetahui perkembangan ahli - ahli terkini,
3. Memperkenalkan ahli keluarga baru Prodigy (Suami/Isteri serta anak - anak kepada ahli),
4. Mendengar dan cuba mengatasi permasalahan (jika ada) ahli - ahli,
5. Mengemaskinikan maklumat peribadi ahli (Memperbaharui maklumat yang terdapat dalam
Album Prodigy)

Saya amat berharap program ini berjaya dengan jayanya. Komitmen semua ahli saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Harapan saya juga agar nama PRODIGY tetap mekar dalam memori semua ahli. Jangan kuburkan keluarga besar PRODIGY kerana kenangan manis selama 3 tahun bersama di UPSI lebih bernilai dari sebutir berlian. 3 tahun kita harungi cabaran bersama dengan penuh suka dan duka. Diharapkan perjumpaan ini akan menyegarkan memori lalu.

Sekian dari saya.

ZANZURI RAZALI
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA
HARI KELUARGA/REUNION PRODIGY-UPSI 2008

Monday, April 14, 2008

Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buat semua ahli Prodigy-UPSI.

Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Pengelola Hari Keluarga akan diadakan pada 16hb April 2008 bersama hari Rabu. Mesyuarat ini akan diadakan pada jam 5.00 petang dan bertempat di rumah Saudara Khaizai di Kuantan. Mana - mana ahli Prodigy-UPSI yang berkesempatan dijemput hadir bagi memberi ilham fikiran bagi mencantik dan memurnikan lagi Majlis Hari Keluarga yang akan diadakan. Cadangan dan buah fikiran amat dialu-alukan oleh setiap ahli Prodigy-UPSI untuk saya membawa ke dalam mesyuarat kelak. Kerja sama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai dan didahulukan dengan jutaan terima kasih

Sekian Terima Kasih

Yang Benar

ZANZURI BIN RAZALI

Sunday, April 13, 2008

News

A'kum

Salam Sejahtera kepada semua ahli Prodigy.

Sebarang cadangan penambahbaikan boleh dimajukan di dalam blog ini. Kita doakan semoga program julung kali ini berjaya dengan cemerlang. Komitmen semua ahli dialu-alukan. Kepada ahli yang ingin menyertai, sila nyatakan jumlah ahli keluarga yang akan turut menjayakan. Hanya pasangan yang disahkan sahaja dibenarkan. Juga nyatakan berapa orang ahli keluarga di bawah 4 tahun, 5 hingga 12 tahun, 12 tahun ke atas dan juga pasangan.

Sekian Terima Kasih

Pengerusi
J/K Pengelola Program

Hari Keluarga Prodigy 2008

Hari Keluarga Prodigy akan diadakan pada 3hb dan 4hb June 2008. Bagaimanapun tarikh ini hanyalah jangkaan. Boleh diubah berdasarkan keperluan dan kepentingan semua ahli Prodigy. Yuran yang ditetapkan pada masa kini hanya RM120.00 bagi sebuah keluarga. Yuran ini mungkin akan dikurangkan atau ditambah (bergantung kepada penajaan) berdasarkan mesyuarat jawatankuasa pengelola Hari Keluarga Prodigy 2008 yang akan diadakan pada 16hb April 2008. Pada masa kini pihak jawatankuasa pengelola telah mengenalpasti tempat acara akan berlangsung iaitu di Mercu Beach Resort Cherating. Pakej yang disediakan adalah penginapan, sarapan pagi, makan tengahari, BBQ, karaoke dan peralatan sukaneka. Pihak pengelola berharap semua ahli yang berkesempatan hadir membuat pengesahan selewat-lewatnya pada 11hb Mei 2008 berserta dengan yuran yang akan diputuskan. Ini adalah untuk pihak pengelola membuat tempahan dan pembayaran deposit kepada pihak resort. Sebarang keraguan dan kemuskilan, ahli - ahli bolehlah berhubung terus dengan jawatankuasa pengelola Hari Keluarga Prodigy 2008;

1. En. Zanzuri (Pengerusi) 017-9280406
2. Pn. Hasni (Setiausaha/Penginapan) 012-5476407
3. En. Mohd Khaizai (Bendahari) 019-9087888
4. Pn. Shafinah (Sukaneka) 012-9561052


Zanzuri bin Razali
Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola
Hari Keluarga Prodigy 2008