Hari Keluarga Prodigy akan diadakan pada 3hb dan 4hb June 2008. Bagaimanapun tarikh ini hanyalah jangkaan. Boleh diubah berdasarkan keperluan dan kepentingan semua ahli Prodigy. Yuran yang ditetapkan pada masa kini hanya RM120.00 bagi sebuah keluarga. Yuran ini mungkin akan dikurangkan atau ditambah (bergantung kepada penajaan) berdasarkan mesyuarat jawatankuasa pengelola Hari Keluarga Prodigy 2008 yang akan diadakan pada 16hb April 2008. Pada masa kini pihak jawatankuasa pengelola telah mengenalpasti tempat acara akan berlangsung iaitu di Mercu Beach Resort Cherating. Pakej yang disediakan adalah penginapan, sarapan pagi, makan tengahari, BBQ, karaoke dan peralatan sukaneka. Pihak pengelola berharap semua ahli yang berkesempatan hadir membuat pengesahan selewat-lewatnya pada 11hb Mei 2008 berserta dengan yuran yang akan diputuskan. Ini adalah untuk pihak pengelola membuat tempahan dan pembayaran deposit kepada pihak resort. Sebarang keraguan dan kemuskilan, ahli - ahli bolehlah berhubung terus dengan jawatankuasa pengelola Hari Keluarga Prodigy 2008;
1. En. Zanzuri (Pengerusi) 017-9280406
2. Pn. Hasni (Setiausaha/Penginapan) 012-5476407
3. En. Mohd Khaizai (Bendahari) 019-9087888
4. Pn. Shafinah (Sukaneka) 012-9561052
Zanzuri bin Razali
Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola
Hari Keluarga Prodigy 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
AKUM JOHN. KO SIAPKAN KERTAS KERJA. NANTI AKU TRY CARI SPONSER CKIT. DAPAT DALAM RM 50 JADILAH.KOJAI NAK BAGI SPONSER RM1000
W'salam. Jai, kalau blh lebih ler sikit. Jangan setakat RM50 aje. Buat Kojai...... BRABO.... Semoga kau bertambah maju dalam bussines dan anak yang ramai....10 orang didoakan. Boleh ke Lela.... Hehehehe. Hidup Prodigy
makin kering la kak lela klu beranak lg.hehe.kojai perut dah buncit
john,tahniah krn dpt anak kedua.byk la anak pompuan.ko kena wat projek sambil pkai songkok la
ahli2 prodigy yang ngajar form 6, klu apa bahan2 jgn lupa kongsi dengan aku k
asslamualaikum....korang suka2 hati je kutuk aku perut buncit..kang tak jadi sponsor baru tau...takde citer baru ke bebudak prodigy?
Kepada Uncle Fey.....
Berapa duit yang hang nak sponsor?Bagilah rm 1000 atau lebih lagi...Komisen beli barang sukan tak abis-abis makan lagi.xrugi sponser kawan2.
bila nak meeting?
aku sponsor air sirap dah la...duit byk2 kalo simpan leh kawin lain la wei...buat la meeting dekat2 skit..senang la aku nak datang...budak2 prodigy ni len macam skit...dah kawin,semua ilang...mana pegi aku pun tak tau...
assalamualaikum geng prodigy...rindunyer kat korang...xcited sgt nak joi family day prodigy nih...zaidi yg kabo kat aku...tp aku x dpt g...aku g Sukma kat tgganu 27mei-9jun...caner tuh..sedihnyer...
jgn lupe kat aku 'amoy' okie
kengkwn...kak chomel baru dpt 2nd baby boy last week x cukup bulan 33minggu.kena thn wad dah 5 hari...
abg john bagi la...blog prodigy nih meriah cket...letak pic mase kite blajo dulu...nanti amoy email kan pic ok...
num tel amoy 0127182101
assalamualaikum...aku stuju btol ngan cadangan budak johor tu..rugi lako amoy tak join..ko takyah g la sukma tu..dunia je semua tu..ahakS!!
aku teringin betul la nak tengok family2 baru bdk2 prodigy ni...camne la rupa anak2 dema ye..hehehe..adakah serupa dengan bapaknya atau ibunya..?ikut rupa takpe,jangan ikut perangai..haha..lagi2 mcm jedi,meli,termasuk la john ngan khaizai...hahahahahaha.....
assalamualaikum....kengkawan...apa kabo..?berita terkini..aku cadangkan aktiviti untuk hari keluarga ni ditambahkan lagi dengan menyediakan duit poket untuk setiap ahli..duit disponsor oleh john dan khaizai sebab dema byk duit..hahahahahaha.....
hai amoi......
lama tak dengar kabo...?
apa citer skrg?
single lg ker?
sori gengs...aku baru blk karnival mssm kat petaling jaya..jmpa gaks abg lutfi bitara..dia jadik Pgerusi teknik olahraga sgor skang..jmpa gak abg josh unique..
utk cheny : hai..lamer x dgr cter..bz sgt x smpt nak cari date nak kawin...ahakss...dah ber2 skang..hopefully ni final..penat dah..org ipoh..bukan sma keje..dia org media kat jhr ni.mybe lepas kitaorg settle sukma kot baru nak pk date kawin...ahaksss..rindu geng prodigy sume...!!!!
byk gak citer ttg korang yer...bgslah prodigy dah semakin bertambh ahli keluarga.....
wei kalau korang ada ym ker ...bgtau lah spy mudah nk brhubung.... ni ym aku ......oneil_gandarf
Post a Comment